CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

masam manis

Khamis, 29 Disember 2011

Panggilan terakhir kpd Para Pemenang



As'kum..Masih menunggu maklumat pemenang...cepat2...Sebelum atau pada 31hb yer..;)

Ahad, 25 Disember 2011

Keputusan GA Silaturrahim

Assalamualaikum..
 
InshaAllah, keputusan GA telah berada di tangan saya..Undian  dibuat oleh my ghadesss..
 
Siap sedia untuk menjalankan tugas




 
 
Okesss
 
 
 Tempat Pertama
 
^
^
^
-----
---
--
-
-
-
-

.....Peserta memegang  no 11




Tempat ke 2
 
 ialah

-
-
-
-
-
-
 
Peserta bernombor 3




no peserta, klik sini..


------Referrer tertinggi

maaf tiada, kerana semua hanya sekali ..
 
 
Top poster: Nida
second poster : 
Bersama Kak Es

Kpd pemenang, hantar
nama, alamat dan no telefon sebelum atau pada 31 Disember
 
jika tidak, undian akan dijalankan sekali lagi..
 
Dihantar kpd 


saaleika2000@yahoo.com
 
Sekali lagi, dirakamkan ucapan terima kasih atas kesudian semua mengikuti GA..
 
dan pohon maaf jika selama GA ini berlangsung berlaku kesilapan dan kesulitan yg tidak disengajakan..
 
 
 
 
 



Selasa, 20 Disember 2011

GA Silaturrahim

Assalamuaálaykum wrh..



Ini post melekit, sila skrol utk entri terbaru..tq
Salam kerahmatan dan kemuliaan daripada saya, saudara seIslam....

Emm..Untuk merapatkan silaturrahim, saya berhajat nak buat
GIVEAWAY Silaturrahim..

Tujuannya : untuk suai kenal dan berkenalan dengan rakan2 semua

Okess..syarat-syarat:

1. GA ini terbuka kepada mereka yg berada di Malaysia dan juga mereka yang berada di perantauan dengan syarat ada alamat di Malaysia..;)

2.Buat satu entri dalam blog dgn tajuk 'GA Silaturrahim'dengan masukkan gambar di atas dlm entri itu. Serta masukkan dlm sidebar dengan link ke entri ini..:)

3. Dalam entri anda,nyatakan insan istimewa dalam hidup anda dan panggilan manjanya
(yg belum berkahwin; ibubapa/adikberadik/ibu atau bapa saudara
yg berkahwin; boleh suami/isteri/anak)


Berikan sedikit ucapan kpdnya


contoh
Insan yang istimewa dalam hidup saya: Mak Lang
Ucapan : Doa saya agar Mak Lang ......
Referrer:  Nama mereka yg rujukkan anda

4. Nak ikuti perkembangan GA ini, kenalah follow
1. blog ini kan
2. dan juga blog penaja ini..
Shukran..:))

5.Untuk menyebarkan ukhuwwah , boleh kiranya 
tag 2 org kawan anda, dan pastikan dia tahu,k 

6. Untuk mengeratkan silaturrahim dipersila tinggal  komen dalam mana-mana entri dalam blog me ini..inshaAllah--TAK WAJIB

7. Akhir sekali tinggalkan link /url entri anda bersama nama referer anda dlm komen entri ini utk memudahkan me melawat belog kawan-kawan sumer..

Prize???


  1. Tempat Pertama : 

    -Satu hadiah misteri (tunggguuuu)

    -Penginapan 2 malam King Deluxe Room, Villa An-Nur, Machang, Kelantan(kalau org kelate yg enter GA, boleh hadiahkan kpd kawan/sedara jugek,takdak masalah.. ) 
     


   2.Tempat Kedua : Quilted Non-Slip Mat

p/s :warna dan design bergantung pd penganjur


  • DANNNN...
  •  
  • Hadiah juga disediakan untuk
  •  
  • 1. Referrer tertinggi
  • 2. Top poster(pengomen terbanyak)
  • 3. Second poster(kedua pengomen terbanyak)

SEKIRANYA PENYERTAAN GA TIDAK SAMPAI 20 ORANG, GA AKAN TERBATAL..huhu..:(..minta maaf ek..

Pemenang akan diundi oleh hakim samada tuan tanah sendiri atau anak..:))


So, first me nak tag
Nana dan Fadzillah..
:))


Tarikh tutup : 19 Disember 2011


Silalah, jangan malu-malu gituuu

Update maklumat peserta terkini, sila klik sini..










GA Silaturrahim tutup sudah..

 
Dengan rasminya diumumkan bahwa
 
GA Silaturrahim ditutup..
 
Pemenang akan diumumkan dalam masa terdekat..Sabarrr..:))
 
Timekasih semua yg sudi join..
 
 
 

Jumaat, 16 Disember 2011

Kemaskini senarai peserta dan penyertaan belum lengkap

As'kum wrh
 
Harini nak update senarai peserta GA Silaturrahim dan juga beberapa peserta yg perlu dilakukan pembetulan atau penambahan;
 
Senarai Peserta Yang Diterima
 
1. http://setegar-kristal.blogspot.com/2011/11/ga-silaturrahim.html
 
2.    http://goldenrosegacontest.blogspot.com/2011/11/ga-silaturrahim.html
 
3.     http://norlieharumaini.blogspot.com/2011/11/ga-silaraturrahim.html
 
4.     http://duniakebahagiaanku.blogspot.com/2011/11/ga-silaturrahim.html
 
5.  http://miera-akmalina.blogspot.com/2011/11/ga-silaturrahim.html
 
6.  http://miera-akmalina.blogspot.com/2011/11/ga-silaturrahim.html
 
7. http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2011/11/ga-silaturrahim.html
 
8. http://esmeda.blogspot.com/2011/11/ga-silaturrahim.html
 
9. http://hairulizacontestga.blogspot.com/2011/11/ga-silaturrahim.html
 
10. http://qasehbertaut.blogspot.com/2011/11/ga-silaturrahim.html
 
11. http://zakiepurvit.blogspot.com/2011/11/ga-silaturrahim.html
 
12.  http://alongnidar.blogspot.com/2011/11/ga-silaturrahim.html
 
13. http://nadzarahal-habsyi.blogspot.com/2011/12/ga-silaturrahim.html
 
14.  http://ibumuiz.blogspot.com/2011/12/ga-silaturrahim.html
 
15.http://www.akmarwati.com/2011/12/ga-silaturrahim.html
 
16.  http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/12/giveaway-silaturrahim.html
 
17.  http://miloaiskurangmanis.blogspot.com/2011/12/ga-silaturrahim.html

18. http://ratuzuleyqha.blogspot.com/2011/12/ga-silaturrahim.html 
 
19.  http://myapeapeaje.blogspot.com/2011/12/ga-silaturrahim.html
 
20. http://aq-suka-contest.blogspot.com/2011/11/ga-silaturrahim.html  
 
21. http://iswa4eva.blogspot.com/2011/11/ga-silaturrahim.html 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Senarai peserta yg belum lengkap syarat;
 
 
 
 
1. http://norliza989.blogspot.com/2011/12/ga-silaturrahim.html 
--- belum letak gambar GA kat sidebar
  
 
2. http://atienabila.blogspot.com/2011/12/ga-silaturrahim.html 
--- follow belog GA dan belog penaja, klik sini..
 
3. http://www.hot-lips.co.cc/2011/12/ga-silaturrahim.html
--tidak follow
 
 




Kepada peserta yg belum lengkap penyertaan, sila kemaskini dan maklumkan pada entry ini..terimakasih  iaitu sebelum atau pada 11.59 malam 19 Disember 2011..

Terima kasih atas kesudian sertai GA..:))))
 
 
 
 
 
 
 




 
 
 
 
 

Selasa, 13 Disember 2011

Ifazcollection Giveaway


As'kum wrh..

Salam siaran, harini sy rasa nak enter GA , siapa berminat klik disini....
Hadiah : sepasang tudung dan brooch..
Nak tag
Alongnidar..:)

Khamis, 8 Disember 2011

Pekeliling SBPA 2012 telah keluar

 
Khas kpd Penjawat Awam, pekeliling SBPA telah keluar, dengan kenaikan gaji  dan rezeki di tahun baru ini...
semoga PA bertambah semangat utk bekerja dan mencurahkan bakti kpd agama dan negara..inshaALLAH..
 
Klik sini untuk download pekeliling sepenuhnya..

Isnin, 5 Disember 2011

Waqaf Al-Quran


InshaAllah telah dilancar satu cara mudah untuk mewaqafkan Al-Quran di negara-negara yg mempunyai penduduk Islam yg miskin. Program Waqaf Al-Quran Untuk Dunia 2-Al-Qurán Sinar Sejagat anjuran Yayasan Restu dan ATM..

Salah satu cara ialah melalui sms;

-Taip WAKAF 1 utk RM 1, WAKAF 2 utk RM 2 dan seterusnya hingga WAKAF 10 utk RM 10.

-Hantar ke 36620.

 Cth: WAKAF 10 dan hantar ke 36620.


Untuk lebih lanjut, tengok sini

Esok ialah 10 Muharram 1433 Hijrah



InshaAllah, semoga kita dapat beramal dengan sunnah Nabi s.a.w. dengan berpuasa sunat..;)

Ahad, 4 Disember 2011

10 Muharram, Hari Asyura'

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

-Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
-Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
-Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
-Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
-Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
-Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
-Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
-Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
-Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
-Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
-Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
-Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
-Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
-Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Perihal 14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura.

Secara umum, kesemuanya merupakan sunnah nabi kir Muhammad saw. Tetapi secara umum di sini bermaksud bukan hanya utk hari tersebut sahaja malah utk hari2 lain juga. Tetapi sayang amalan2 yg mmg sebenarnya sunnah umum telah dicemari dgn fadhilat2 yang bathil sama sekali. Ketahuilah bahawa Allah telah menyediakan tempat di neraka jahanam bagi mereka yg menciptakan sesuatu kemudian disandarkan kepda Rasulullah saw. Dan kethuilah tidak ada org yg lebih layak utk mengatakan akan fadhilat2 tersebut melainkan Allah dan Rasul-Nya.

Sebenarnya, amalan2 besertakan fadhilat2 tertentu tersebut telahpun dijelaskan kebatilannya di dalam fatwa pada 10 Muharam yang dimasukkan oleh Tn Hj Kamin(al-Ahkam) kita iaitu:

1. SEJARAH ASSYUURA


{ وَلَكِنَّهُ صلى الله عليه وسلم لَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ وَجَدَ الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ , فَقَالَ : مَا هَذَا ؟ فَقَالُوا , هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى مِنْ الْغَرَقِ فَنَحْنُ نَصُومُهُ , فَقَالَ : نَحْنُ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ . فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ }

{"....Bila Rasulullah saw tiba di Madinah, beliau telah melihat beberapa orang Yahudi yang sedang berpuasa pada hari Assyuura. Bila bertanya, "Apa Ini?", mereka berkata. "Ini adalah hari apabila Allah menyelamatkan Musa dari lemas, maka kami berpuasa hari ini". Baginda berkata "Kami lebih berhak keatas Musa dari kamu", maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh [umat islam] berpuasa pada hari tersebut."}

وَكَانَتْ قُرَيْشٌ أَيْضًا تُعَظِّمُهُ فِي الْجَاهِلِيَّةِ . وَالْيَوْمُ الَّذِي أَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ كَانَ يَوْمًا وَاحِدًا , فَإِنَّهُ قَدِمَ الْمَدِينَةَ فِي شَهْرِ رَبِيعٍ الأَوَّلِ , فَلَمَّا كَانَ فِي الْعَامِ الْقَابِلِ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ ثُمَّ فُرِضَ شَهْرُ رَمَضَانَ ذَلِكَ الْعَامِ , فَنَسَخَ صَوْمَ عَاشُورَاءَ .

"Quraish juga memuliakan hari ini semasa zaman Jahiliyyah. Hari dimana manusia diarahkan berpuasa untuk hanya satu hari. Apabila Nabi saw datang ke Madinah, ia adalah didalam bulan RabieulAwwal, dan pada tahun hadapannya baginda berpuasa Assyuura dan mengarahkan semua orang berpuasa. Kemudian pada tahun itu puasa di wajibkan pada bulan Ramadan dan berpuasa 'Assyuura' di mansuhkan".

وَلَمْ يَأْمُرْ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْعَامَّةَ بِصِيَامِهِ , بَلْ كَانَ يَقُولُ : { هَذَا يَوْمُ عَاشُورَاءَ , وَأَنَا صَائِمٌ فِيهِ فَمَنْ شَاءَ صَامَ } . وَقَالَ : { صَوْمُ عَاشُورَاءَ يُكَفِّرُ سَنَةً , وَصَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ } . { وَلَمَّا كَانَ آخِرُ عُمْرِهِ صلى الله عليه وسلم وَبَلَغَهُ أَنَّ الْيَهُودَ يَتَّخِذُونَهُ عِيدًا , قَالَ : لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ } . لِيُخَالِفَ الْيَهُودَ , وَلا يُشَابِهَهُمْ فِي اتِّخَاذِهِ عِيدًا , وَكَانَ مِنْ الصَّحَابَةِ وَالْعُلَمَاءِ مَنْ لا يَصُومُهُ , وَلا يَسْتَحِبُّ صَوْمَهُ , بَلْ يَكْرَهُ إفْرَادَهُ بِالصَّوْمِ , كَمَا نُقِلَ ذَلِكَ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْ الْكُوفِيِّينَ , وَمِنْ الْعُلَمَاءِ مَنْ يَسْتَحِبُّ صَوْمَهُ . وَالصَّحِيحُ أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ لِمَنْ صَامَهُ أَنْ يَصُومَ مَعَهُ التَّاسِعَ ; لأَنَّ هَذَا آخِرُ أَمْرِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم لِقَوْلِهِ : { لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ , لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ مَعَ الْعَاشِرِ }

"Nabi saw tidak menceritakan kepada semua orang mengenai puasa 'Assyuura' ini, tetapi beliau mengatakan, "Ini adalah hari Aassyuura, Saya berpuasa pada hari ini dan barangsiapa inginkan berpuasa hari ini maka bolehlah ia berpuasa". Dan sabda beliau :"Berpuasa pada harin Assyuura akan mengampunkan dosa dalam setahun, dan berpuasa pada Hari Arafah mengampunkan dosa 2 tahun". Apabila menuju kearah dekat dengan kematian beliau, Nabi saw mendengar bahawa orang Yahudi mengambil haru Assyuura sebagai hari Raya, beliau berkata, "Jika aku hidup sehingga tahun depan, Aku pasti akan berpuasa pada hari ke 9" - bagi membezakan dengan orang yahudi, dan tidak mengikut mereka mengambil hari tersebut sebagai hari perayaan."

2. AMALAN DI BULAN MUHARRAM

Amalan yang paling sahih pada bulan Muharram dan juga 10 Muharram ialah berpuasa. Nas berpuasa bagi Hari Assyuura adalah sebagaimana yang terdapat dari petikan diatas. Manakala berpuasa secara umum pada bulan Muharram ialah:

أفضل الصيام بعد شهر رمضان صيام شهر الله المحرم - رواه مسلم/1163 .

"Seafdal-afdal (sebaik-baik) berpuasa selepas bulan Ramadan ialah bulan Al-Muharram"

3. AMALAN-AMALAN TAMBAHAN DIHARI ASSYUURA

Berkata Sheikh Ibnu Taimiyyah lagi :

لَمْ يَرِدْ فِي شَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَلا عَنْ أَصْحَابِهِ , وَلا اسْتَحَبَّ ذَلِكَ أَحَدٌ مِنْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ لا الأَئِمَّةِ الأَرْبَعَةِ , وَلا غَيْرِهِمْ . وَلا رَوَى أَهْلُ الْكُتُبِ الْمُعْتَمَدَةِ فِي ذَلِكَ شَيْئًا , لا عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَلا الصَّحَابَةِ , وَلا التَّابِعِينَ , لا صَحِيحًا وَلا ضَعِيفًا , لا فِي كُتُبِ الصَّحِيحِ , وَلا فِي السُّنَنِ , وَلا الْمَسَانِيدِ , وَلا يُعْرَفُ شَيْءٌ مِنْ هَذِهِ الأَحَادِيثِ عَلَى عَهْدِ الْقُرُونِ الْفَاضِلَةِ . وَلَكِنْ رَوَى بَعْضُ الْمُتَأَخِّرِينَ فِي ذَلِكَ أَحَادِيثَ مِثْلَ مَا رَوَوْا أَنَّ مَنْ اكْتَحَلَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ لَمْ يَرْمَدْ مِنْ ذَلِكَ الْعَامِ , وَمَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ لَمْ يَمْرَضْ ذَلِكَ الْعَامِ , وَأَمْثَالِ ذَلِكَ . وَرَوَوْا فَضَائِلَ فِي صَلاةِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ , وَرَوَوْا أَنَّ فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ تَوْبَةَ آدَمَ , وَاسْتِوَاءَ السَّفِينَةِ عَلَى الْجُودِيِّ , وَرَدَّ يُوسُفَ عَلَى يَعْقُوبَ , وَإِنْجَاءَ إبْرَاهِيمَ مِنْ النَّارِ , وَفِدَاءَ الذَّبِيحِ بِالْكَبْشِ وَنَحْوَ ذَلِكَ . وَرَوَوْا فِي حَدِيثٍ مَوْضُوعٍ مَكْذُوبٍ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم : { أَنَّهُ مَنْ وَسَّعَ عَلَى أَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ سَائِرَ السَّنَةِ }

"Tiada terdapat apa-apa hadith sahih dari Nabi saw atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab, Tabi'en yang merekomenkan perkara-perkara ini; baik ia diriwayatkan oleh hadis da'if (lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadith yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadith yang meriwayatkan seperti :{barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura, dan ada riwayat lain yang menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Noh mendarat di Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Ya'kub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan mengganti Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga meriwayatkan sebuah hadith palsu (fabricated) yang mendustakan Rasulullah saw berkata : {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Assyuura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}".

وَكَانَ مِنْ الصَّحَابَةِ وَالْعُلَمَاءِ مَنْ لا يَصُومُهُ , وَلا يَسْتَحِبُّ صَوْمَهُ , بَلْ يَكْرَهُ إفْرَادَهُ بِالصَّوْمِ , كَمَا نُقِلَ ذَلِكَ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْ الْكُوفِيِّينَ , وَمِنْ الْعُلَمَاءِ مَنْ يَسْتَحِبُّ صَوْمَهُ . وَالصَّحِيحُ أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ لِمَنْ صَامَهُ أَنْ يَصُومَ مَعَهُ التَّاسِعَ ; لأَنَّ هَذَا آخِرُ أَمْرِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم لِقَوْلِهِ : { لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ , لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ مَعَ الْعَاشِرِ } كَمَا جَاءَ ذَلِكَ مُفَسَّرًا فِي بَعْضِ طُرُقِ الْحَدِيثِ , فَهَذَا الَّذِي سَنَّهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم . وَأَمَّا سَائِرُ الأُمُورِ : مِثْلُ اتِّخَاذِ طَعَامٍ خَارِجٍ عَنْ الْعَادَةِ , إمَّا حُبُوبٌ وَإِمَّا غَيْرُ حُبُوبٍ , أَوْ تَجْدِيدُ لِبَاسٍ وَتَوْسِيعُ نَفَقَةٍ , أَوْ اشْتِرَاءُ حَوَائِجِ الْعَامِ ذَلِكَ الْيَوْمِ , أَوْ فِعْلُ عِبَادَةٍ مُخْتَصَّةٍ . كَصَلاةٍ مُخْتَصَّةٍ بِهِ , أَوْ قَصْدُ الذَّبْحِ , أَوْ ادِّخَارُ لُحُومِ الأَضَاحِيّ لِيَطْبُخَ بِهَا الْحُبُوبَ , أَوْ الاكْتِحَالُ وَالاخْتِضَابُ , أَوْ الاغْتِسَالُ أَوْ التَّصَافُحُ , أَوْ التَّزَاوُرُ أَوْ زِيَارَةُ الْمَسَاجِدِ وَالْمَشَاهِدِ , وَنَحْوُ ذَلِكَ , فَهَذَا مِنْ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ , الَّتِي لَمْ يَسُنَّهَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَلا خُلَفَاؤُهُ الرَّاشِدُونَ , وَلا اسْتَحَبَّهَا أَحَدٌ مِنْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ لا مَالِكٌ وَلا الثَّوْرِيُّ , وَلا اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ , وَلا أَبُو حَنِيفَةَ , وَلا الأوْزَاعِيُّ , وَلا الشَّافِعِيُّ , وَلا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ , وَلا إسْحَاقُ بْنُ رَاهْوَيْهِ , وَلا أَمْثَالُ هَؤُلاءِ مِنْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ , وَعُلَمَاءِ الْمُسْلِمِينَ ---

"Bagi perkara lain, seperti memasak makanan khas bersama atau tanpa bijirin, atau memakai baju baru, membelanjakan wang untuk keluarga, atau membeli bekalan tahunan untuk hari tersebut, melakukan solat-solat tertentu atau amalan-amalan tertentu, menyembelih binatang pada hari itu, menyimpan daging yang akan dimasak bersama bijirin, atau memakai celak atau henna, mandi, berjabat tangan diantara satu sama lain, menziarahi seseorang, menziarahi masjid dan kubur-kubur (mashhad) dan sebagainya..... kesemua ini adalah bid'ah dan salah. Tiada diantaranya yang ada kena mengena dengan sunnah Rasulullah saw atau Khulafah al-Rasyidiin. Ia tidak diluluskan oleh mana-mana imam, tidak malik, tidak Al-Thawri, tidak al-Layth ibn Sa’d, tidak Abu Haneefah, tidak al-Aozaa’i, tidak al-Shaafie, tidak Ahmad ibn Hanbal, tidak Ishaaq ibn Raahwayh, dan tiada mana-mana dikalangan Imam dan ulama' Islam......"

(Ringkasan dari Fatawa Al-Kubra Ibnu Taimiyyah Jilid 5(شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله : الفتاوى الكبرى ج :5))

-----------

Namun, mungkin ada yg tidak perasan bhw apa yg terkandung di dalam fatwa tersebut turut membuktikan kebatilan 14 perkara sunat yang cukup popular itu. Utk memudahkan sumer, saya membuat ringkasan dgn mengaitkan terus kpd 14 perkara sunat tersebut.

Berikut adalah fatwanya:

"Tiada terdapat apa-apa hadith sahih dari Nabi saw atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab, Tabi'en yang merekomenkan perkara-perkara ini; baik ia diriwayatkan oleh hadis da'if (lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadith yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadith yang meriwayatkan seperti :{barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura, dan ada riwayat lain yang menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Noh mendarat di Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Ya'kub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan mengganti Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga meriwayatkan sebuah hadith palsu (fabricated) yang mendustakan Rasulullah saw berkata : {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Assyuura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}". "Bagi perkara lain, seperti memasak makanan khas bersama atau tanpa bijirin, atau memakai baju baru, membelanjakan wang untuk keluarga, atau membeli bekalan tahunan untuk hari tersebut, melakukan solat-solat tertentu atau amalan-amalan tertentu, menyembelih binatang pada hari itu, menyimpan daging yang akan dimasak bersama bijirin, atau memakai celak atau henna, mandi, berjabat tangan diantara satu sama lain, menziarahi seseorang, menziarahi masjid dan kubur-kubur (mashhad) dan sebagainya..... kesemua ini adalah bid'ah dan salah. Tiada diantaranya yang ada kena mengena dengan sunnah Rasulullah saw atau Khulafah al-Rasyidiin. Ia tidak diluluskan oleh mana-mana imam, tidak malik, tidak Al-Thawri, tidak al-Layth ibn Sa’d, tidak Abu Haneefah, tidak al-Aozaa’i, tidak al-Shaafie, tidak Ahmad ibn Hanbal, tidak Ishaaq ibn Raahwayh, dan tiada mana-mana dikalangan Imam dan ulama' Islam......"
(Ringkasan dari Fatawa Al-Kubra Ibnu Taimiyyah Jilid 5)

Yang di-bold-kan di atas merangkumi beberapa amalan yang termasuk didlm 14 perkara sunat tersebut. Sila rujuk di bawah utk 14 perkara sunat tersebut. Utk perkara ke 14 kami telahpun berjumpa hadis berkaitan iaitu:

dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Kata Ibnul Jauzi: Hadith ini tidak ragu lagi maudhu'nya.
Penyakitnya ialah Habib bin Abu Habib yang terdapat pada sanadnya.

Kata Ahmad: Habib bin Abu Habib adalah berdusta.

Kata Ibnu Adiy: Ia membuat hadith.

Kata Abu Hatim Ibnu Hibban: Hadith ini adalah batil, tiada asalnya. Dan katanya lagi: Habib adalah penduduk Marwu, ia membuat hadith ke atas orang-orang yang thiqah, tidak halal menulis hadithnya melainkan atas jalan mencacat celanya.

Kata az-Zahabi: Habib bin Abu Habib al-Kharthathi al-Mirwazi adalah pembuat hadith seperti yang dikatakan oleh Ibnu Hibban dan lain-lainnya. Beliau lalu menyebutkan hadith di atas dan mengatakan bahawa dia adalah maudhu'.
(Lihat: Himpunan Hadis-hadis Dha'if dan Maudhu', Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris, hal. 552)

Kesimpulan

Ternyatalah kebatilan akan amalan2 yg bersertakan fadhilat2 tersebut. Amalan2 10 muharam tersebut tidak sabit dari al-Quran maupun sunnah. Namun begitu, amalan2 tersebut secara umum mmg la sunnah. Tidak ada bezanya amalan tersebut berbanding hari2 yang lain kecuali terdapat dalil yg mengatakan sebaliknya.


http://www.al-ahkam.net/
http://www.bicaramuslim.com/
http://www.eashoppingcentre.com.my/


Sumber
g@y@t
http://www.bicaramuslim.com/

Sabtu, 3 Disember 2011

100 cara memotivasikan orang lain

 
Salam hujung minggu..:))
 
Harini, saya nak kongsikan sebuah buku yg sudah lama saya beli, tapi tak khatam2 lagi, kalau tak silap tahun 2007...hehehhe.Rasa nak kongsi ngan kawan-kawan baru,inshaAllah
 
Okess, back to the story..Bukunya tajuk
100 ways to Motivate Others
 
karangan Steve Chandler...bleh cari kat kedai ye kengkawan..
 

Soo, hari ni nak share one of the topik dalam ini buku- terpaksa type dalam BI sebab kiter tak berapa mahir nak mentranslate gituu..maaf ye..


Use 10 Minutes Well


Contemporary philosopher, William Irwin was asked what he thought the secret of effective leadership was. His answer was "Learn to use 10 minutes intelligently. It will pay you huge dividens."


  Often what separates a great leader from a lousy manager is just that :The ability to use 10 minutes well.


  The Irwin quote is one that we have on our office wall, reminding us that it really helps to have short, motivating quotations posted in plain view. It is a way to wake yourself up to your potential. Especially when you only have 10 minutes before your next appoinment. Will you use it well? Or it will you kill time?


  Our recent visit to a very successful leader's office was enhanced by our noticing these words posted on the wall behind his desk - also a great guideline for using 10 minutes well.

    The Most Important Words in the English Language
  5. most important words : I am proud of you!
  4. most important words : What is your opinion?
  3. most important words : If you please..
  2. most important words : Thank you
  1. most important words : You...


  Here is another quotation put up there on the office wall. This one's from Charles Buxton, the famous lawyer and 1800s member of Parliament :"You will never 'find' time for anything, if you want time you must make it"


  And sometimes that powerful leadership item we have not  found time to do can be made to fit into the next 10-minute window!!


------Ending..;)

P/S : Kalu bersesuaian dengan agama kita dan tidak bercanggah dengan kitab ALLAH dan sunnah NAbiNYA s.a.w. boleh lah kita amalkan..

Orang BARAT berjaya kerana bukan kerana bagus dan benar tapi MUNGKIN salah satunya sebab ini;

Kejahatan yg dirancang dengan teliti akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak dirancang dengan rapi..So, don't do this 'Fail to plan is same as plan to fail'....

Jumaat, 2 Disember 2011

Ayam Masak Merah Versi Musim Tengkujuh

As'kum..salam pagi Jumaat..

Ini adalah resepi makan tengahari semalam..Resepi ayam masak merah stail musim tengkujuh hehehhe

Jom la selak resepi yg sempoi ini ek..

3 ulas bawang putih
halia 1 inci
4 ketul dada ayam (dipotong kecil)
3 camca besar sos cili 
minyak untuk menggoreng
1/2 mangkuk pati santan
garam secukup rasa 

Cara
1. Bawang putih dan halia ditumbuk lumat 
2. Setelah itu ayam yg telah dipotong kecil digoreng sehingga masak keperangan
3. Tumis bahan yg ditumbuk hingga naik bau
4. Masukkan sos cili, kacau rata
5. Kemudian masukkan pula santan, biarkan hingga mendidih
6. Masukkan garam secukup rasa
7. Kemudian masukkan ayam yg digoreng tadi, biarkan merenihdan kuah agak pekat.Angkat dan hidangkan...


Selamat mencuba...;) Nant kongsi lah apa pendapat kekawan sumer ye..
 



Khamis, 1 Disember 2011

Setuju ke idak

 
 
Ahli psikologi kata :
 
Tidak boleh beri nasihat kepada seseorang
yang perlu dilakukan ialah
buka minda dan beri  beberapa pilihan kepadanya
biarkan dia tentukan pilihannya..
 
Apa pendapat kekawan sumer...:?
Setuju ke tak 

Rabu, 30 November 2011

Hobi ape org zaman sekarang, yekkk


Salam Maal Hijrah..As'kumm..

Kekadang dok sorang2, saya terfikir apa agaknya hobi anak-anak zaman siber sekarang selain melayari internet, play station atau video games..

Zaman me kanak2 dulu, dalam tahun 80án, hobi ku adalah..hehehe
-
-
-
-
-
mengumpul setem

Nak citer ..adik adik..
mengumpul setem ni sonot..
boleh menikmati kecantikan/keindahan rupa atau imej kat atas setem tu

di samping tu, 
dapat info pasal macam2
normally, setem dikeluarkan bersempena tarikh-tarikh tertentu
jadi, kita dapat belajar sesuatu dgn hanya membelek2 setem tu..

Yg paling best ialah
dapat tukar-tukar setem ngan kawan
ini amat teruja sekali..
contohnya, kita ada setem berbentuk segi empat tepat, kawan pula ada setem tiga segi,,kita boleh tukar suka sama suka
di samping menambah koleksi setem memasing, kan..

Kalu dapat setem sendiri, i mean kita dapat surat n gunting setem tu..lepas tu rendam dlm air utk menanggalkan sampul yg melekat tu dan kemudian jemurnya...itu yg paling thrill lah..
lain pula, kalu beli je kat kedai.sebab setengah kedai ada jual koleksi setem-setem lama..p/s :sekarang ni wujud lagi takagaknye..tetiba musykil..

Menambah kan lagi thril nya eisyyhhh bleh terima ke ayat ni, kang kena saman olh DBP lak ni kang.... Kalu kite dapat setem luar negara..fusssyyyyhhh...kembang hidung semangkuk..;)


Sooooo
kekawan..esp yg zaman kanak2nya tahun 80án berapa org di sini yg hobinya adalah kumpul setem..
cer angkat tangan..
kita wat survey..hehehe
 

Isnin, 28 November 2011

Kak Es kata bola dibaling ke dinding, akan melantun balik..tapi,...

As'kum wrh
 
Salam Maal Hijrah..;)
 

Kak Es kata nasihat yg kasar akan melantun balik seumpama bola yg dibaling ke dinding...
Hehe tingat kelmarin ade beli bola, ini haaa

Tapi, masalahnye kalau orang yg diberi nasihat come clean, dia berterus terang cakap saya kalau orang nasihat kasar, saya tak dapat terima..pastu, org yang beri nasihat, biarlah saya bukannya nak suruh ikut pun..

Macamana tu?ce komen sikit...emmm

Ahad, 27 November 2011

Ummi Danish GA



Salam Maal Hijrah...

Jom sokong Ummi Danish..di sini ye..

Sabtu, 26 November 2011

Malam ni masuk Tahun Baru Hijrah 1433H

As'kum..malam ni selepas maghrib masuk Tahun Baru Hijrah,jom kita baca Doa Awal Tahun..


Sesiapa yg membaca doa ini, syaitan berkata

'Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua..Dengan sebab membaca doa ini, Allah mengampunkan dosanya setahun'


Bagi memudahkan rakan semua, ini me salinkan Doa Awal Tahun..boleh dibaca selepas maghrib dan selepas isyak-malam ini yer..


Jumaat, 25 November 2011

Angkasawan Sunita Williams warga US memeluk Islam



Alhamdulillah sekiranya berita ini benar, subhanallah...



Berita ini adalah kemenangan Islam, meskipun pengislaman Neil Amstrong mendapat spekulasi daripada banyak pihak, berita lanjut klik dekat sini..

Sumber : Ummi Iman

Khamis, 24 November 2011

Nasihat atau tidak nasihat

ِ
 
Ada orang yg jenis bukan tak dengar nasihat, tapi kalu nak nasihat dia kena dengan nada lemah lembut.Kalu ditegur dgn nada keras atau kasar, hatinya akan memberontak..
 
Tapi ada juga kalu nak tegur dia kena cara yg agak kasar..Sebab kalu lembut, tak lut...
 
Emmm..susah nak belajar memahami hati orang..kalu anda, bagaimana pula...ceciter.. 

Rabu, 23 November 2011

Kek carrot

Salam..

Semenjak dua menjak cuti sekolah ni, mood membaking cake datang diundang..ehheh.

Sesi menggemukkan badan..nak kongsi di sini..walaupun rupanye ala ala boleh la aje,tapi rasanya inshaAllah boleh tahan..


iNIlah ruper kek me...:)



Close up ckit..
Resepinye me dapat inspirasi drp sis Nomie, klik cni...
Cuma versi me ,versi simple sikit dah oter sesikit

1 cawan gula perang -me guna gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 cawan parutan lobak merah
1 cawan campuran buahan kismis
2 camca besar susu cair
3/4 cawan minyak masak
3 biji telur

Langkah

1.Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan
2.Sementara telur dan gula perang dipukul manja-manja sehingga agak2 gula hancur
3.Setelah itu masukkan tepung yg telah diayak ke dalam adunan telur tadi
4.Masukkan susu cair ke dalam adunan
5.Kemudian masukkan pula minyak sedikit demi sedikit
6.Akhir sekali masukkan parutan lobak dan kismis buahan ke dalam adunan
7.Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180oC selama lebih kurang satu jam


Dahhh siap..
Selamat mencuba dan kongsilah hasilnya ye...salam semua..:))

Selasa, 22 November 2011

Menjelang Tahun Baru Hijrah,minggu hadapan, 27 Nov

Assalamualaykum


PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menciptakan alam ini tanpa sedikit kecacatan. Yang menjadikan manusia dengan penuh sifatnya. Maha Besar Allah, Tuhan semesta alam.

Selawat dan salam semoga terlimpah pada Rasul mulia, junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya, dan para penerusnya yang mengikuti mereka sehingga kiamat.

Wahai sahabat-sahabatku se-Islam sekalian, takutlah akan Allah. Bertawakallah kepadaNya. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran. Semoga tergolong di dalam golongan yang telah dijanjikan Allah kemualiaan di sisiNya. Insya Allah.

Doa merupakan satu anugerah Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah saw yang sahih berkisar mengenai doa ini. Bahkan Allah telah menyediakan pula waktu-waktu mustajab untuk kita berdoa. Namun kita mesti juga akur bahawa segala ibadat yang kita lakukan mestilah berlandaskan dalil yang kukuh dan bukannya akal semata-mata.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah saw itu tauladan (contoh ibadat) yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta dia banyak mengingati Allah.” Surah Al-ahzab ayat 21

Allah juga telah berfirman:
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu buat kamu dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Aku redhai Islam menjadi agamamu.” Surah Al-Maidah ayat 3

Rasulullah saw bersabda:
“Sesiapa yang melakukan sesuatu amal yang bukan perintah kami(Allah dan RasulNya), maka amalan itu tertolak.” Hadis riwayat Muslim

Imam Syafi’I juga pernah menegaskan dalam kitabnya Ar-Risalah dengan kata-kata beliau yang masyhur:
“Sesiapa yang beristihsan (menyangka baik sesuatu amalannya yang direka), beerti dia telah membuat satu syariat dan sesiapa yang membuat syariat, maka ia sudah kafir.”

Maka di sini terang mengatakan bahawa ibadat itu tidak boleh di ambil mudah. Hujah akal tidak menghalalkan sesuatu ibadat. Kerana asal sesuatu ibadat itu haram selagi tidak ada dalil yang mengharuskannya.

Doa Awal dan Akhir Tahun

Insya Allah pada kali ini, kita akan membuat kesimpulan/ringkasan mengenai isu amalan awal muharam. Untuk memudahkan kita, Kami akan mengkhususkan kesimpulan kita ini berkisar mengenai amalan doa awal dan akhir tahun.

Berikut adalah doa yang dimaksudkan:

Awal tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Akhir tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Manakala berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan:

Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.

Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.

Kami telah cuba untuk mencari serta menjejak kesemua fadhilat serta kaedah pembacaan di atas, namun sayangnya hasil pencarian kami tidak membuahkan sebarang hasil. Bukan hanya kitab-kitab hadis sittah, malahan kitab hadis dhaif dan palsu juga telah kami cuba mencarinya namun hasilnya serupa, hampa.

Bukan di situ sahaja usaha kami, bahkan fatwa-fatwa dan sumber dari ulama’-ulama’ luar negara selain nusantara telah kami selongkar, tapi juga tidak membuahkan hasil. Maka kami telah membuat kata putus bahawa semua fadhilat serta kaedah pembacaan yang dinyatakan di atas adalah batil dan tidak sabit pada nas al-Quran dan hadis sahih.

Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari yang beerti:
“Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada hubungan dengan urusan kita, maka ia tertolak.”

Maka di sini telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan awal Muharam(Doa Awal dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia mempunyai kelebihan sepertimana yang digambarkan, apatah lagi mengatakan amalan ini adalah sunnah Rasulullah saw, maka amalannya tertolak. Dan Allah Rasulullah saw juga telah memberi amaran kepada mereka yang berdusta terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang bermaksud:
“Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka.” Hadis Mutawtir

Ibnu Mas’ud pernah berkata yang bermaksud:
“Hendaklah anda sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh Rasulullah saw dan jangan anda mengada-adakan sesuatu yang baru. Sesungguhnya sudah cukup bagi anda sekalian(sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw).”

Ibnu Abbas juga pernah berkata:
“Hendaklah anda sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu yang baru.”

Kesimpulan

Doa pada asal memang terdapat dalam Islam. Dalilnya cukup banyak. Baik di dalam Al-Quran maupun hadis-hadis sahih. Namun begitu, terdapat juga sesetengah pihak yang menaylahgunakan konsep berdoa itu yang sebenar. Mereka menciptakan waktu-waktu khas yang kononnya mustajab yang tidak sabit dari al-Quran dan hadis, mereka menciptakan fadhilat-fadhilat yang kononnya memberi ganjaran apabila dilakukannya dan bermacam-macam lagi. Kesan dari itu wujudlah sepertimana yang sedang kita bincangkan ini iaitu doa awal dan akhir tahun.

Kami berpendapat adalah tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut. Kerana berdoa memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya dijadikan satu amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru. Apatah lagi dikaitkan doa tersebut kononnya sabit dari Rasulullah saw. Juga mengatakan dengan membacanya maka akan diperolehlah fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua riwayat yang berkaitan doa awal dan akhir tahun ini adalah batil. Ingatlah pada sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:
“Sesungguhnya benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah manakala setiap bid’ah adalah sesat.” Hadis riwayat Muslim

Dalam hadis riwayat An-Nasai pula terdapat tambahan:
“….dan setiap kesesatan itu di dalam neraka.”

Doa tersebut boleh saja dibaca pada lain-lain waktu. Bukan dikhaskan hanya pada awal dan akhir tahun sahaja.

Beginilah pendapat dan pegangan kami. Sekiranya terdapat sesiapa yang mungkin dapat mengutarakan dalil dari al-Quran dan hadis yang sahih berkaitan amalan ini haraplah berbuat demikian. Kerana sesungguhnya kami hanyalah hamba Allah yang lemah.

Sekian. Wassalam


Rujukan
Fatwa Islamiyah
-Sheikh Abdul Aziz bin Baz
-Sheikh Muhammad bin Salih Al-Uthaimin
-Sheikh Abdullah bin Abdur-Rahman Al-Jibreen
-The Permanent Committee and the decisions of Fiqh Council
Disusun oleh Muhammad bin Abdul Aziz al-Musnad

Khilafiah, Bid’ah dan Maslahah Umum
Oleh Ustaz Basri Ibrahim

Bid’ah Menurut Ahli Sunnah
Oleh Rasul Dahri

Du’a – The Weapon of the Believer
Oleh Abu Ammaar Yasir Qadhi

http://www.islamonline.com/

Islam Question and Answer website

Sumber :g@y@t
http://www.bicaramuslim.com/

Dengan Nama Allah

Bismillahirrahmanirrahim...