CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

masam manis

Jumaat, 2 Disember 2011

Ayam Masak Merah Versi Musim Tengkujuh

As'kum..salam pagi Jumaat..

Ini adalah resepi makan tengahari semalam..Resepi ayam masak merah stail musim tengkujuh hehehhe

Jom la selak resepi yg sempoi ini ek..

3 ulas bawang putih
halia 1 inci
4 ketul dada ayam (dipotong kecil)
3 camca besar sos cili 
minyak untuk menggoreng
1/2 mangkuk pati santan
garam secukup rasa 

Cara
1. Bawang putih dan halia ditumbuk lumat 
2. Setelah itu ayam yg telah dipotong kecil digoreng sehingga masak keperangan
3. Tumis bahan yg ditumbuk hingga naik bau
4. Masukkan sos cili, kacau rata
5. Kemudian masukkan pula santan, biarkan hingga mendidih
6. Masukkan garam secukup rasa
7. Kemudian masukkan ayam yg digoreng tadi, biarkan merenihdan kuah agak pekat.Angkat dan hidangkan...


Selamat mencuba...;) Nant kongsi lah apa pendapat kekawan sumer ye..
 



Tiada ulasan: